sebab dah azan, cepat2 melangkah ke ruang solat.rupanya bukan kat luar je cantik, kat dalam pun cantik.karpet, hiasan kayu, susunan Quran.best2.tarawih 8 rakaat, witir 3 rakaat. lepas tu ada tazkirah. haa, ni baru nk sentuh pasal tajuk entri ni. nama ustaz tu saya taktau.nak check kat jadual masjid, tak jumpa pulak.tapi tazkirah dia seronok.tak mengantuk sebab cara penyampaian dia yang simple, ada jokes n contoh2 yg diberi sangat relevan dengan kita.
okay, pasal titian sirat tu..ustaz bagitau ada 7 checkpoints yang perlu dilalui semasa melintas titian sirat tu.. setiap checkpoint itu akan bertanyakan sesuatu dari kita. dan 7 perkara yang akan ditanya pada setiap checkpoint itu ialah: (semua ni yang dapat saya ingat dari apa yang ustaz tu sampaikan la ye. banyak lagi yang dia cerita tapi tak dapat ingat semua)
- tentang iman kita - "gemuk ke, kurus ke iman kita"...dan iman manusia sangat tidak konsisten; ada turun naik, banyak kepada turun, naik sikit je.jadi kena la subur2kan iman.antara caranya ialah dengan menghadiri majlis2 ilmu, datang ke masjid..
- tentang solat - cukup tak? kalau cukup, sempurnakah? ingatlah, jangan pernah berhenti belajar tentang solat.mungkin kita dah solat berpuluh2 tahun tapi pasti ke solat itu betul? contoh yg ustaz tu bagi ialah pasal sujud. ada yang tak kena dahi la, lutut tak letak betul, jari2 kaki tak dilipat ke arah kiblat..7 anggota sujud wajib kena pada tempat sujud.kalau yang tak tau tu, lepas ni ubahla ye =)
- soal zakat - yang ni, ustaz kata kalau tak tau, boleh tanya pegawai2 zakat, insyaAllah mereka boleh terangkan.
- tentang puasa kita - macam mana puasa kita? sekadar berlapar atau mengharapkan keredhaan Allah? oh, satu yang ustaz bagitau tentang bulan puasa, kita rasa sekejap je masa berlalu. tengok2 hari ni dah hari ke 17 puasa.sangat cepat kan? dah nak masuk 10 malam ke-2 dan ke-3. part ni ada joke ustaz buat.kalau kat mekah, malam2 terakhir jalan akan sesak teruk, sebab semua orang keluar dengan family nk pergi masjid.semua nak cari al-Qadar (malam lailatulQadar). kat Malaysia pun akan jem jugak.tapi bukan cari alQdar, cari alKamdar (hehehe).tak salah nk pergi..boleh je. shopping lah kat mana pun.tapi jangan sampai tergadai berkat dan tawaran Ramadhan ye =)
- soal umrah dan haji - kepada mereka yang dah ada rezeki untuk pergi umrah dan haji, alhamdulillah..tapi ada reminder jugak.betul tak niat tu? hmm...
- mandi janabah- (ya Allah, masa dengar ni, sangat risau..moga Dia ampunkan jika ada yang kurang atau yang tak sempurna) ustaz bagi reminder, especially untuk ibu2..perhatikan anak2 dara masing2..make sure mereka tahu tentang mandi wajib setelah habis haid. tapi mandi janabah ni bukan fokus kat perempuan je.yang lelaki pun kena jaga juga.
- hubungan dengan manusia (ada 3 pecahan)
- hubungan kita dgn ibu bapa --> satu yg ustaz pesan kena ambil berat: bila ibu bapa menyuarakan keinginan ke atas sesuatu terhadap kita wajib kita penuhi.contoh, mak ngidam nk makan something, dia bagitau kita..walaupun mak kita boleh beli sendiri, duit banyak ke ape ke..kita wajib/mesti usahakan jugak untuk bagi dia..kalau ayah kata teringin nk pakai jubah macam ni, macam tu..usahakan supaya keinginan ayah tu tercapai. meskipun kita fikir dalam hati "alah ayah ni, macam la tak boleh pergi beli sendiri..."
- hubungan silaturrahim sesama manusia --> dengan adik beradik pun berisiko tau.so kena hati2 dalam bab ni (dan semua2 perkara yg lain jugak)
- adakah kita pernah menzalimi orang lain --> kalau kita zalim, buatlah amalan banyak mana pun, semua akan dicabut dan diberi kepada orang yang pernah kita zalimi.jadi amalan kita tinggal kosong.so, kalau diberi amanah sebagai ketua terutamanya..berhati2 la.jangan sampai kita jadi pemimpin yang zalim
beware ye.kalau sangkut kat mana2 checkpoint kat atas ni, neraka la jawabnye.sebab titian sirat tu di atas mulut neraka. sanggupkah nak rasa otak mendidih, tekak perit dan terseksa dengan logam cair yang menggelegak? na'uzubillah~
** bulan Ramadhan ni malaikat seolah2 sangat dekat dengan bibir, segala yang terucap pasti diaminkan.jadi jom banyak2 berdoa. semoga amalan Ramadhan diterima dan dosa2 diampunkan.amin2 ya rabbal alamin.