Friday, June 19, 2009

dilemmaa

big sigh.wish dat i can get d solution 4 dis dilemma..well, it's about facebook..sigh again..

it begins here

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Okay..soo..how?? will i be able to totally quit fb??
let's see some responses (from iLuvislam forum)

  • If you want to boycott Facebook just because it contributes to Israel (it doesn't, actually), then you should not use the internet because massive parts of the internet were produced bu Jews. Wallahua'lam..
  • Baru-baru ni terpikir la pulak nak check yang ramai orang citer facebook ni dengan israel ni betoi ke. Ni info yang saya nak kongsi. Seperti yang kita tahu, pemilik ataupun founder bagi facebook ni ialah ZuckerbergSiapa dia ni? Pasal yang tuduhan dia mencuri daripada rakan dia tentang facebook, saya taknak ulas sebab tak jumpa lagi bukti yang sohih. Yang saya jumpa hanya la si mamat Zuckerberg ni merupakan salah seorang alumni dan penyokong bagi Alpha Epsilon Pi. Nak tau lebih lanjut pasal Alpha Epsilon Pi boleh klik sini. Secara ringkasnya ia ada kaitan dengan komuniti Yahudi. Boleh check kat well-known alumni untuk cari nama founder facebook tu.Jadi mamat american-jews ni, memang ada kaitan dalam dengan yahudi secara umumnya. Dari situ timbul perasaan was-was untuk teruskan guna facebook. Bimbang kita turut sama menyumbang kepada negara Israel secara tidak langsung. Kitapun tahu israel bukan negara yang menjana ekonomi tapi boleh serang palestin bertubi-tubi dan guna senjata canggih. Dari mana dia dapat duit? Tentulah dari jutawan-jutawan Yahudi seluruh dunia.Tu je yang jadi kebimbangan kita. Penutupnya, saya rasa, lebih baik tinggalkan jela benda yang was-was ni. grinWallahu 'alam
  • setiap kali kita log in,kita turut membantu israel dari segi memberi mereka keuntungan..nauzubillah..
  • kenyataan ini silap sebenarnya..kalau tak, dah lama bro ImKoyube kaya raya disebabkan iLuvIslam nih ramai org login..tapi still kita mintak sumbangan ramai..kenapa?sbb makin ramai orang guna, makin besar load yg diterima..makin mahal bayaran yang perlu dibuat utk hosting dan maintenance dll dsb..kenyataan yg sebenar adalah makin ramai org guna,makin tinggi impression sesuatu site dapat,makin tinggi keinginan advertiser utk letak iklan di site tersebut..yang paling biasa adalah KALAU kita klik iklan, baru FaceBook untung,walaupun ade jugak sesetengah iklan yg menawarkan pakej - kalau org tgk je iklan tu pun dapat..at least bagi mereka yang nak guna FB, jangan klik iklan2 yang karut marut di tepi tu..kalau tanak guna, apa salahnya..takde masalah..bagi saya, laman sosial seperti ini memudahkan perkongsian maklumat tanpa flooding emel orang - kalau tengok FB saya pun xde pape selain link2 lucah dan pengumuman mengarut..last sekali, baca post LeoKid.. ianya satu peringatan berguna buat penggemar laman sosial..TQ~
see..dat's d dilemma... may He guide us to d right decision.... coz everything counts..

any view or comment anyone?

3 comments:

farina said...

oh, 4got to include d source.
d red wording i've got from a friend's note at fb as well as from iLuvislam (http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=127&thread_id=13385&pid=192046#post_192046)
-still cudnt trace d original website.will be working on dat.insyaAllah

n d green wordings from iluvislam forum at http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=54&thread_id=9336&rowstart=20

wallahualam..

Anonymous said...

ntah la ina..aku lame dah tau bende nih...but i dont find anything wrong with it...i mean...for me facebook is always facebook...o never pay to use anything...everything is free...so how can they get my money...lagipun..kalo nak kaji...kat internet banyak lagi website yg boleh di was was kan...tapi semua depends on how we use it...aku bukan org yg pakar dlm bende2 halal/haram/was was ni...tapi bagi aku...kalo bende tu x memudaratkan...dan membantu kita..salah ke? ie: fb bantu kita keep intouch ngan kawan2..

farina said...

hm..gud point there..