ya, saya amat particular dan sensitif tentang makanan.sebab saya takut, kalau tumbuh darah daging yang haram dalam tubuh saya ni dan pastinya akan dibakar dengan azab yang pedih dalam api neraka nanti. saya takut, pilihan saya salah dan akhirnya saya menzalimi diri saya sendiri.anak keturunan saya nanti.saya takut, kalau makanan yang haram tu jadi penyebab tertutupnya hati saya dari hidayah dan petunjuk Dia..dan akhirnya saya berada di jalan yang salah-na'uzubillah-dan kalau betul ianya terjadi, apa yang saya nak jawab bila ditanya nanti: sudahkah saya laksanakan tugas sebagai khalifah di bumi seperti yang telah diamanahkan kepada saya? kalaupun saya tak mampu sebarkan dakwah dan halang kemaksiatan dan kemungkaran, saya harap at least saya dapat jawab, saya sudah berusaha untuk patuh kepada perintahNya dan tinggalkan laranganNya..itu sahaja yang saya mampu lakukan..jawapan yang mungkin paling lemah..tapi at least saya punya jawapan.
pasal status haram makanan -kedai2, makanan yang ada emulsifier (Exxx), saya tahu, saya pun kadang2 x pasti, betulke menda tu haram? mungkin saya je yang rasa camtu.mungkin info yg sy terima tu salah.mungkin juga itu hanya rumours.tapi...saya rasa lebih baik untuk saya hindari yang syubhah. saya rasa alasan untuk saya menjauhinya cukup kuat.
first, keraguan itu sudah timbul dalam hati saya
secondly, sourcenya saya da evaluate n bagi saya ianya kuat.
thirdly, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan untuk menghindarinya.banyak alternatif lain yang mudah didapati-alhamdulillah
lagipun, kalau nk compare apa yg saya kena korbankan -nafsu/keinginan nk makan menda tu- dengan segala nikmat yang dah saya dapat sejak dari lahir sampai hari ni..rasanya tak terbanding.ye la, saya ada family, kawan2 yang baik, saya tak cacat, masih dapat makan dan minum tak macam kat bosnia.tempat tinggal saya aman dari perang, bencana alam yg besar.saya selalu dapat jalan keluar bila ada masalah, saya tidak pernah dizalimi oleh sesiapa seperti Sumaiyah..banyak lagi la kalau nk listkan.smpai kalau baca ayat dalam surah Yaasin tu jadi malu sendiri..
Dan mereka memperoleh padanya manfa'at-manfa'at dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur? (QS. 36:73) -surah yasin, ayat 73
bila timbul keraguan, tidak bermakna saya terus menolak makanan itu, tapi saya hindari dan cari sedikit ruang untuk kepastian. agar saya boleh makan dengan yakin.
Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
bila ada syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut - original article
Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya. Ini dijelaskan daripada sebuah hadis yang bermaksud:
"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat sesuatu yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjauhi yang syubhah itu maka sesungguhnya ia telah memelihara agama dan maruahnya, manakala sesiapa yang cenderung terlibat dengan syubhah maka ia terlibat dengan melakukan perkara yang haram".
ya Allah, janganlah kerana perjuanganku ini aku tidak disenangi oleh rakan2 ku..
ya Allah, berilah kami petunjuk yang terang dan jelas agar kami terselamat dari kemurkaanMu..
ya Allah, peliharalah kami semua..
No comments:
Post a Comment