pagi tadi saya pergi basuh baju guna mesin basuh di blok Khar.ya lah, malam ni dah nak balik terengganu, jadi kena selesaikan semua baju tu dengan segera.
sambil tunggu mesin selesai, eh, saya terperasan ada seekor kucing putih bertompok hitam, datang dekat dengan saya, kemudian pergi ke suatu sudut.
dekat sudut tu ada longgokan baju-baju yang tidak dikutip oleh siswa siswi, jadi makcik yang membersihkan blok kumpulkan atau longgokkan di sudut itu.
bila saya tengok dengan teliti, eh! ada empat ekor anak kucing yang masih halus! sangat lemah dan sangat kecil.tergolek dan terliuk lentok, ya la, tulang masih belum kuat.
rupanya anak-anak kucing itu milik ibu kucing berwarna putih hitam itu tadi.dia pergi dekat anak-anak dia tu.longlai.penat agaknya ye, mungkin masih dalam pantang? hihi..
saya tengok walaupun ibu kucing tu masih lemah, tapi bila anak-anak dia panjat dia (secara tergedek-gedek dan jatuh-jatuh..hihi, lucu!) ibu kucing tu masih setia dekat situ.dia bagi anak dia minum susu.bayangkan, empat mulut dan lapan tangan halus, kat badan ibu kucing lemah tu..ibu kucing tu sampaikan kena angkat tangan dia sikit, bagi laluan kat anak-anak dia.saya tengok dia, dan dia tengok saya, dengan mata yang agak kuyu.lemah.
bila anak dia dah kenyang dan tergolek, ibu kucing tu mandikan pulak anak dia.perlahan-lahan.cermat.bila macam ni la, saya mula tak faham...
1. saya tak faham kenapa kucing punya naluri kasih sayang lebih tinggi dari manusia. ya la, tengok je la kes-kes buang anak, dekat tandas la, surau la, kolej la..haish!
kucing: tak ada orang atau kucing lain yang akan marah atau kecewa dengan dia kalau dia abaikan atau biarkan anak dia.tapi dia tetap jaga anak dia.dia tak ada akal untuk bezakan yang mana baik yang mana buruk, macam manusia, tapi naluri sayang dia menyebabkan dia setia jaga anak dia.manusia yang berakal pulak? aduh, ironi kan?
sedihnya tengok generasi baru yang makin rosak..apa yang boleh saya buat dalam situasi macam ni ya? sebab sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain.saya mahu jadi orang yang berguna untuk masyarakat.mungkin, satu hari nanti saya dapat buat sesuatu..
1 comment:
human r conplicated creatures...sometimes, they can be so nice,yet sometimes, cruel!
however, lets' try to be d nice ones
Post a Comment