Monday, January 18, 2010

meh nak kongsi citer sket..

hm, haritu ada kawan saya kongsi satu citer ni dgn saya..pendek je pun, tapi yang penting hikmah yang kita boleh ambil kan? (",)

suatu hari Rasulullah saw menyuruh Abu Hurairah memakai sepasang terompah dan berjalan, serta menyatakan kepada orang yang ditemui dalam perjalanannya dengan terompah itu bahawa "kamu akan pasti masuk syurga..ini titipan dari Rasulullah saw.."

jadi Abu Hurairah pun berjalan dan orang pertama yang beliau jumpa ialah saidina Umar al-Khattab..jadi dia pun beritahu seperti yang dipesan oleh Rasulullah..kemudian...


cuba teka apa reaksi saidina Umar?

a) menangis kegembiraan
b) menjerit dan bertakbir
c) sujud syukur


hm...jawapannya....

saidina Umar telah menumbuk Abu Hurairah!

kenapa?

mereka berdua terus menemui Rasulullah dan Rasulullah menyatakan bahawa itu adalah benar pesanan daripada baginda.
lalu Umar berkata janganlah dilakukan sebegitu lagi kerana dia takut dia atau orang2 lain yang mendengarnya menjadi malas dan tidak lagi berusaha untuk beramal..

hm..agak2 kalau kita diberitahu macam tu, ape reaksi kita? buat kenduri kesyukuran? masuk syurga tu...best tu..
tapi saidina Umar bahkan risau, khuatir jika dia merasa terleka dengan jaminan itu...

sekian ceritanya.. wassalam =)

2 comments:

Mr HAKIM said...

confirm best klu mcm 2..

farina said...

eh, hi hakim..ada blog ea? nant sy add kt blog list ea =)
itu la, best kan kalo confirm terpilih...