alhamdulillah, tahun ni dengan rahmat dan izin Allah, sy masih dpt bertemu dgn ramadan sekali lagi..satu peluang yang tak ternilai harganya.
benarlah, ramadan ini seperti satu madrasah, dan alhamdulillah, byk juga yg sy belajar dari madrasah ramadan kali ni..sekadar utk perkongsian:
-jangan terlupa utk berbakti kepada ibu bapa meskipun dalam sibuk beribadah kepada Allah..kerna redha Allah di dalam redha ibu bapa..sementara masih sempat bersama mereka, gunakan kesempatan itu sebaik mungkin..
-sentiasa ingatkan diri utk perbetulkan niat. lillahi taa'la sewajarnya ada dalam hati, dalam apa jua tindakan yg kita lakukan..sentiasa mengharapkan kebaikan, semoga kebaikanlah yang datang..insyaAllah
-walau setinggi mana ilmu, jangan pernah merasa angkuh dan tinggi diri daripada orang lain, walau siapa pun dia, tak kira usia, status dll. seorang makcik tua di kampung yang tiada ijazah mungkin saja lebih mulia dek usianya yang mungkin sudah lebih banyak dipenuhi dgn kebaikan dan kebajikan dibandingkan dengan diri kita.. wallahualam
-nafsu harus dilawan! mengalah dan tunduk kepada nafsu dan kelemahan diri adalah suatu kebodohan kerana mengundang kehancuran kepada diri sendiri. tapi andai kita khilaf, jangan berlengah utk memohon ampunanNya
inilah sedikit sebnyak yang dipelajari daripada madrasah ramadan kali ini.segala nasihat dituju kepada diri sy and sekadar utk berkongsi cuma sedikit dengan sesiapa yg sudi singgah di blog ini.Segala puji dan syukur kepada Allah kerana ternyata diri masih diberi jalan ke arah cahaya dan bukan kegelapan =')
No comments:
Post a Comment