Tuesday, November 08, 2011

entri panjang.. kalau rajin bacala.. :p

bismillah

i'm 23years old and still single
not having a husband nor a boyfriend
reason? because Allah has arranged so..
ok, typical answer :p
p/s=boyfriend or couple is not allowed in islam ya (^,^)

(switch code: code mixing)

actually before this, all the while during my teenage life, my biggest dream is to become isteri solehah yang dicintai suaminya sepenuh hati (ceewah).. and [please don't be surprised] this dream was the major dream of mine at the time..pelik kan..org lain maybe ada yg berangan nak achieve something in career or professional achievement..nak keja best..nak jadi kaya..nak jadi menteri ka, doktor ka..pape lah.. tapi saya..mencari kunci syurga dalam redha suami (waah, ayat~) alahai, zaman remaja :p

and previously, i had put up a high hope that me and a person i chose (at that time) would be able to seek for Allah's bless and that we would be united and become sakinah, mawaddah, warrahmah family and seek for jannah.. nonetheless, i was actually receiving a lesson from God about love; through that sinful sweet-bitter experience =( ,  hm.. i learnt that

  • one should find Allah's love first; on top of everything
  • love between non-muhrim/ajnabees should occur only between husband & wife
  • Allah has decided our soul mate who suits us in HIS judgement
  • manusia hanya merancang, Allah yang menentukan, 
  • redha Allah mesti didahulukan daripada kehendak dan kemahuan diri, kerna apa yang diredhai Allah sudah semestinya yang terbaik dunia dan akhirat tapi kemahuan serta kehendak diri belum tentu apa yang diredhai Allah.. 
(and more actually) --> i am totally grateful for everything that happened because it shows that Allah is guiding me in His way..

so, back to my teenage dream (^,^) it is still the same, yet it is not the major dream for now
sebab2nye? 
  • i realized that to achieve Allah's bless is not solely through marriage..maksudnya, ada hal yang lebih penting yang perlu dicapai..dicari..untuk mendapatkan redha Allah..seeking for mardhatiLLAh..
  • mungkin jiwa remaja..perkahwinan yang merupakan penyatuan dua insan berlainan jantina secara halal dan jika dilaksanakan berlandaskan syariah bakal membawa rahmat Allah menyebabkan ianya menjadi suatu matlamat yang sangat best utk dicapai berbanding hal2 lain (dalam fikiran seorg remaja masa tu..huhu..)
  • perspektif hidup da berubah setelah ilmu diisi dalam dada (antara contoh kepentingan ilmu ye kawan2..) 
oh, nak share jap, pasal ilmu tu..sy ada baca yang Allah dah menentukan semuanya utk hambanya (ingat tak qada' and qadar.. ^^, ) it's written that we don't have to be too troubled with the end result, cukup dengan berusaha semampu kita, dan yakinlah bahawa Allah akan membuka jalannya bagi kita..ingat, key point nya ialah usaha yang terbaik, dan berserah kepada Allah. =)

ish2..bila baca balik entri ni cam da pening pulak..huhu

ok la..yang nak di highlightkan di sini sebenarnye ada beberapa perkara.. 

  1. buat masa sekarang perkahwinan bukanlah keutamaan saya kerana banyak hal yang perlu diuruskan terlebih dahulu..tapi...
    • bukanlah saya say NO to marriage..so jangan salah faham ye :P
    • ini semua tertakluk kepada apa yang ditentukan dan ditetapkan Allah
  2. mungkin jodoh sy belum sampai kerana (macam dlm satu dialog hasil karya Habiburrahman elShirazy yg sy tgk baru2 ni) Allah masih memberi saya peluang untuk memperbaiki diri saya
    • ok, context memperbaiki diri ni luas, tapi antara yang utamanya ialah dari aspek agama..personaliti..kehidupan.. (hm..byk ni nak kena improve..hehe)
  3. saya masih mencari calon yang sesuai untuk menjadi ayah kepada anak2 saya kelak (jika Allah mengizinkan) supaya anak2 sy dapat menerima didikan agama langsung daripada ayahnya, bukannya dipindahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada ustaz atau sekolah/sekolah agama SAHAJA.. dan lebih penting lagi supaya kami saling membantu utk menuju redha Allah.. 
hm..nak ulas sket yg point nombor 3 tu..
wanita yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya.. bila tengok kelemahan diri, aduhai...
masih adakah peluang utk sy dapat seorg jodoh yg baik? isk..
saya tau saya x perfect..saya tau masih banyak kekurangan diri saya..
jadi..adakah saya tidak mungkin dijodohkan dengan lelaki seperti yg sy impikan?
tapi....
saya tau, hanya Allah yang sempurna,
tiada apa yang perlu saya risaukan jika saya bersandar sepenuhnya kepada Allah,
dan jika Allah mengehendaki, tiada apa yang mustahil untuk berlaku..
jadi....
untuk masa ni, saya mesti berusaha sepenuh daya dan upaya untuk memperbaiki diri..
untuk kembali ke landasan yang benar..
dan mengutamakan Allah dalam apa pun perkara..
kerana saya yakin..Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk saya..
jadi saya mesti mempersiapkan diri untuk menerima apa yang telah Allah tetapkan untuk saya..

what really matters is the life at ukhrawi..
dunia hanya jalan menuju ke sana..
dan untuk menempuhi jalan ini, selaku insan yang lemah, saya masih tetap memerlukan pendamping...

dan pintaku ya Allah, 
kurniakanlah daku pendamping 
yang terbaik bagiku, menurutMu..
agar kami saling mendukung dan menguatkan 
untuk meneruskan langkah
menuju redha MU...
ya Rabb..

buat teman di luar sana..doakan yang terbaik untuk diriku,
moga yang terbaik jugalah buat kalian..
amin, ya Rabbal 'alamin..

(",)

10 comments:

AkU said...

Pada pandangan saya saja ni... bila dipikirkan pasal konsep lelaki baik untuk wanita baik n wanita baik tuk lelaki baik... bagaimana dgn lelaki kurg baik n wanita kurg baik?? adakah Allah melupakan mereka?? Wallahualam... xsemestinya bg saya... cume hanya berpikiran terbuka disini (bukan free thinker ok.. ^_^) Adakalanya Allah menemukan seseorg dgn seseorg atas sbb hanya Dia sahaja yang mengetahui.. Adakalanya Lelaki yg kurg baek bertemu dgn wanita yg baik atas konsep melengkapi yg yg kurg dlm diri masing2.. (konsep kekeluargaan)... begitu juga wanita kurg baik bertemu dgn lelaki baik atas membantu.. melindungi, penunjuk arah (konsep kepimpinan).. ini hanya pendapat.. bukan fact.. hanya Allah mengetahui perjalanan hidup hamba2Nya.. isi hati hamba2Nya.. Wallahualam, kuasa Allah sangat besar.. kalau dipikirkan tanpa bimbingan boleh menyesatkan kita sbb akal manusia ni kecil jer.. percayakan kepada ketentuanNya.. ^_^

farina said...

assalamualaikum =)
terima kasih utk komen yg bernas itu, dan sy akui pandangan anda memang ada benarnya..sy tidak menidakkan itu..benarlah, hanya Allah y mengetahui perjalanan hidup hamba2Nya..tapi mohon saudara pertimbangkan penjelasan sy ini:
-konsep wanita baik untuk lelaki baik adalah diambil drpd alquran,surah anNur, ayat 26 dan nyatalah tiada keraguan padanya (alquran) walau sedikit pun..
-persoalan dan pandangan saudara ttg lelaki n wanita kurang baik yg dpertemukan dgn jodoh masing2 tu juga benar..kalau saudara perasan, sy ada nyatakan ttg itu dlm entri ni "Allah has decided our soul mate who suits us in HIS judgement" -Allah dah tetapkan jodoh kita yg menurutNya terbaik utk kita..jadi hal yg seperti saudara nyatakan dlm komen saudara itu tidak mustahil berlaku, kan =)
-satu lagi, konsep baik itu luas.. boleh jadi seorg itu mungkin dr segi agamanya kurang tp hatinya tulus dan suci..tak mustahil dia dijodohkan oleh Allah dgn seorang lelaki alim yg akhirnya dpt membimbing dia agar bukan shj berhati tulus dan suci, tapi juga baik agamanya =)
- pada pandangan sy juga, ayat itu boleh dijadikan motivasi diri utk kita agar dapat memperbaiki diri, utk menjadi lebih baik pada penilaian Allah..tapi harus waspada, bukan berubah ke arah kebaikan kerna semata2 mengharapkan seseorang yg baik..tapi kerna mencari Allah dan biarlah Allah yg tentukan siapa jodoh kita, kerna Allah itu Maha Adil, Maha Tahu, dan tidak pernah menzalimi hambaNya..

harap saudara berpuas hati dgn pandangan sy..
oh dan sy kurang faham apa yg saudara cuba sampaikan melalui ayat terakhir saudara..mohon penjelasan..adakah entri sy ini boleh menyesatkan? mungkin sy boleh melakukan sbrg perubahan yg wajar..

wallahualam =)
sy hanya manusia kerdil yg terbatas ilmunya kerna itu sy letak entri ini di bawah label 'dari mata dan pandanganku'

jazakallah for reading and sharing ur opinion (",)

farina said...

maaf, typo error
*..tapi kerna mencari redha Allah..
(bullet ke4)

AkU said...

Memang tidak diragui ayat Alquran yg disebutkan... lazimnya... Allah maha berkuasa... hanya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya... hanya Dia penentu segalanya.. Lelaki mahupun wanita.. baik atau tidak seseorg itu... hanya Dia sahaja mengetahui... susah untuk menilai dari pandangan mata manusia... kita hanya mampu berdoa meminta yang terbaik untuk hidup kita.. (saya pun sgt cetek ilmu.. just from my point of view) itu la maksud saya... konsep baik itu amat luas... apa pun yang terjadi adakala bukan untuk menguji kita.. tp untuk melindungi kita dari kesilapan... setengah org menganggap itu dugaan and ujian walhal.. klu dipikir sebaik2... kejadian yang berlaku mungkin untuk melindungi dari terus sesat atau membuat kesilapan yang besar dlm hidup... rencana Allah untuk hamba2Nya... hanya Dia mengetahui.. sesat maksud saya diatas... bukan mengatakan anda sesat.. tetapi.. kalau kita memikirkan rencana yg ditentukanNyaa.. mukjizatNYa... KuasaNya... tanpa bimbingan and panduan... boleh memakan diri sendiri.. itu la dimaksudkan dgn "tuntutlah ilmu hingga ke negeri china.. tuntutlah ilmu hingga nyawa terputus dari badan" Wallahualam... saya pun hanya insan yg amat kerdil disisiNya....

farina said...

oh, mungkin cara penyampaian sy membuatkan anda salah faham..apa yg anda komen itu betul, dan menyokong apa yg sy tulis iaitu:
1. "...i was actually receiving a lesson from God about love..."- sy belajar drpd hikmah kejadian yg telah berlaku, bukan hanya drpd akal fikiran sy semata2 tapi hasil bacaan buku2 agama, pengisian2 ilmu dari tazkirah2, perkongsian sahabat2 dll..sebab tu sy kata, sy menerima pengajaran/hikmah drpd Allah taala.. (dan jangan lupa, ilmu itu juga milik Allah sepenuhnya =))
2."... i am totally grateful for everything that happened because it shows that Allah is guiding me in His way..." - sy betul2 bersyukur utk semua yg terjadi kerana ini menunjukkan bahawa Allah membimbing sy, (seperti yg anda kata-untuk melindungi dari terus sesat atau membuat kesilapan yang besar dlm hidup)dan Allah menunjukkan jalannya melalui caraNYA yg sendiri, yg kadangkala kita tak sedar atau tak mengerti sebelumnya.. =)
3.dan akhir sekali, sy juga nyatakan: "...cukup dengan berusaha semampu kita, dan yakinlah bahawa Allah akan membuka jalannya bagi kita..ingat, key point nya ialah usaha yang terbaik, dan berserah kepada Allah..." =)
-> dan itulah yg akan sy lakukan,berserah sepenuhnya kepada Allah dan dalam masa yg sama juga berusaha sebaik mungkin..sy tak mungkin dpt ubah apa yg Allah telah tetapkan utk sy, tapi sy yakin, tak mustahil juga langkah sy utk berusaha sebaik mungkin itu juga termasuk dlm ketetapan Allah dalam rencanaNya utk sy..

wallahualam.

p/s: Allah menurut prasangka hambaNYA.. jadi kita harus sentiasa bersangka baik terhadap Allah.. =)

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak (sumber hadis: http://hadith.al-islam.com/Loader.aspx?pageid=261)

sumber:http://didunia.wordpress.com/2008/03/21/allah-menurut-prasangka-hambanya/


jadi, mohon maaf atas sebarang salah faham yg timbul.apa yg dikongsi bahkan juga untuk peringatan kepada diri sy.. =)

Riko said...

hurm...

farina said...

@riko, lama tak dengar dari kamu =)

Riko said...

salam..
lately sy bz..
hehe..
hurm, ape yg sy paham dr ape yg awk coretkn tu..
awk mcm x brusaha utk mndapatkan jodoh awk..
sedangkn kite kena brusaha b4 kite bertawakal n trime jodoh dr ya Maha Esa..
betul x??

farina said...

wslm, oh, nampak macam gitu ye.. huhu..=)

betul la yg awak kata tu, kite kena brusaha b4 kite bertawakal n trime jodoh dr yg Maha Esa

and usaha pertama sy skrg ialah untuk memperbaiki diri, sebab baru sy sedar yg byk benda perlu sy persiapkan/perbaiki..di samping berdoa..

tapi mungkin sy nmpk cam x brape brusaha ek..ok, insyaAllah, langkah2 berikutnya akan diusahakan.. :p

terima kasih atas pandangan anda =)

p/s-riko ex-smkap kan?

Riko said...

yup..
ex-smkap..
semoga awak berjumpa jodoh yang boleh bahagiakan awk..