Sunday, December 04, 2011

doa muslimah...

Tolonglah kami ya Allah!

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.. 
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya…
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…  
Tolong nasihati sia dia,jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…  
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…  
Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…  
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak ibu itu syurganya…
Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupanya…  
Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…  
Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya… 
Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…  
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…  
Tolong sedarkan si dia, aku dan dirinya milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga…  
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…
Tolong sedarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…  *ya Allah, jadikanlah rindunya terhadapMu melebihi rindunya terhadap diriku yang hina.

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan padanya, aku tak mau menjadi puncak kegagalannya…
Tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…
Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu membuat dia terlena…
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendamping dalam kejayaanku setulus hatinya..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu sendiri memberitahunya

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…  
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia…
Andai dia umpama seekor lebah yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…


Simpanlah pesanan ku ini pada dia, aku akan terus berdoa kepadaMu Ya Allah sehingga ENGKAU ketemu diriku dengan dia suatu hari nanti…

sumber dari blog ini : http://anaraudhah.blogspot.com/2011/11/tolonglah-kami-ya-allah.html

No comments: