Wednesday, November 09, 2011

Jawablah

sudah cukupkah?
amalan yang mungkin dibawa
ibadah yang akan dipersembahkan
kebajikan yang akan dibentangkan

yakinkah?
kalau amalan, ibadah, kebajikan itu
diterima semuanya
dan tidak ditolak olehNYA

sehingga kau berani
untuk merasa malas dan lengah??!

lupakah?
masamu kian suntuk, singkat, sempit
lupakah?
sekecil apa perbuatan itu, tetap dilihat Sang Pencipta?!

ya benar, Allah itu Maha Pengasih,
penuh rahmat dan kasih
tapi apakah kau layak untuk menagih
jika ketaatan kepadaNya tidak kau pilih?

jalan kembali kepadaNya
sentiasa terbuka lebar, seluasnya
bijaklah dalam mngatur langkah
agar kembali kepada redha Allah

~let's walk to him


Tuesday, November 08, 2011

entri panjang.. kalau rajin bacala.. :p

bismillah

i'm 23years old and still single
not having a husband nor a boyfriend
reason? because Allah has arranged so..
ok, typical answer :p
p/s=boyfriend or couple is not allowed in islam ya (^,^)

(switch code: code mixing)

actually before this, all the while during my teenage life, my biggest dream is to become isteri solehah yang dicintai suaminya sepenuh hati (ceewah).. and [please don't be surprised] this dream was the major dream of mine at the time..pelik kan..org lain maybe ada yg berangan nak achieve something in career or professional achievement..nak keja best..nak jadi kaya..nak jadi menteri ka, doktor ka..pape lah.. tapi saya..mencari kunci syurga dalam redha suami (waah, ayat~) alahai, zaman remaja :p

and previously, i had put up a high hope that me and a person i chose (at that time) would be able to seek for Allah's bless and that we would be united and become sakinah, mawaddah, warrahmah family and seek for jannah.. nonetheless, i was actually receiving a lesson from God about love; through that sinful sweet-bitter experience =( ,  hm.. i learnt that

  • one should find Allah's love first; on top of everything
  • love between non-muhrim/ajnabees should occur only between husband & wife
  • Allah has decided our soul mate who suits us in HIS judgement
  • manusia hanya merancang, Allah yang menentukan, 
  • redha Allah mesti didahulukan daripada kehendak dan kemahuan diri, kerna apa yang diredhai Allah sudah semestinya yang terbaik dunia dan akhirat tapi kemahuan serta kehendak diri belum tentu apa yang diredhai Allah.. 
(and more actually) --> i am totally grateful for everything that happened because it shows that Allah is guiding me in His way..

so, back to my teenage dream (^,^) it is still the same, yet it is not the major dream for now
sebab2nye? 
  • i realized that to achieve Allah's bless is not solely through marriage..maksudnya, ada hal yang lebih penting yang perlu dicapai..dicari..untuk mendapatkan redha Allah..seeking for mardhatiLLAh..
  • mungkin jiwa remaja..perkahwinan yang merupakan penyatuan dua insan berlainan jantina secara halal dan jika dilaksanakan berlandaskan syariah bakal membawa rahmat Allah menyebabkan ianya menjadi suatu matlamat yang sangat best utk dicapai berbanding hal2 lain (dalam fikiran seorg remaja masa tu..huhu..)
  • perspektif hidup da berubah setelah ilmu diisi dalam dada (antara contoh kepentingan ilmu ye kawan2..) 
oh, nak share jap, pasal ilmu tu..sy ada baca yang Allah dah menentukan semuanya utk hambanya (ingat tak qada' and qadar.. ^^, ) it's written that we don't have to be too troubled with the end result, cukup dengan berusaha semampu kita, dan yakinlah bahawa Allah akan membuka jalannya bagi kita..ingat, key point nya ialah usaha yang terbaik, dan berserah kepada Allah. =)

ish2..bila baca balik entri ni cam da pening pulak..huhu

ok la..yang nak di highlightkan di sini sebenarnye ada beberapa perkara.. 

  1. buat masa sekarang perkahwinan bukanlah keutamaan saya kerana banyak hal yang perlu diuruskan terlebih dahulu..tapi...
    • bukanlah saya say NO to marriage..so jangan salah faham ye :P
    • ini semua tertakluk kepada apa yang ditentukan dan ditetapkan Allah
  2. mungkin jodoh sy belum sampai kerana (macam dlm satu dialog hasil karya Habiburrahman elShirazy yg sy tgk baru2 ni) Allah masih memberi saya peluang untuk memperbaiki diri saya
    • ok, context memperbaiki diri ni luas, tapi antara yang utamanya ialah dari aspek agama..personaliti..kehidupan.. (hm..byk ni nak kena improve..hehe)
  3. saya masih mencari calon yang sesuai untuk menjadi ayah kepada anak2 saya kelak (jika Allah mengizinkan) supaya anak2 sy dapat menerima didikan agama langsung daripada ayahnya, bukannya dipindahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada ustaz atau sekolah/sekolah agama SAHAJA.. dan lebih penting lagi supaya kami saling membantu utk menuju redha Allah.. 
hm..nak ulas sket yg point nombor 3 tu..
wanita yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya.. bila tengok kelemahan diri, aduhai...
masih adakah peluang utk sy dapat seorg jodoh yg baik? isk..
saya tau saya x perfect..saya tau masih banyak kekurangan diri saya..
jadi..adakah saya tidak mungkin dijodohkan dengan lelaki seperti yg sy impikan?
tapi....
saya tau, hanya Allah yang sempurna,
tiada apa yang perlu saya risaukan jika saya bersandar sepenuhnya kepada Allah,
dan jika Allah mengehendaki, tiada apa yang mustahil untuk berlaku..
jadi....
untuk masa ni, saya mesti berusaha sepenuh daya dan upaya untuk memperbaiki diri..
untuk kembali ke landasan yang benar..
dan mengutamakan Allah dalam apa pun perkara..
kerana saya yakin..Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk saya..
jadi saya mesti mempersiapkan diri untuk menerima apa yang telah Allah tetapkan untuk saya..

what really matters is the life at ukhrawi..
dunia hanya jalan menuju ke sana..
dan untuk menempuhi jalan ini, selaku insan yang lemah, saya masih tetap memerlukan pendamping...

dan pintaku ya Allah, 
kurniakanlah daku pendamping 
yang terbaik bagiku, menurutMu..
agar kami saling mendukung dan menguatkan 
untuk meneruskan langkah
menuju redha MU...
ya Rabb..

buat teman di luar sana..doakan yang terbaik untuk diriku,
moga yang terbaik jugalah buat kalian..
amin, ya Rabbal 'alamin..

(",)

Monday, November 07, 2011

because...

because you are His...
because you've made a promise
the forgotten promise (you said it is)

because you are going to pay
for all the deeds or sins you did
and on that day
there will be no delay
because that is what He said..

          BECAUSE YOU ARE CREATED NOT FOR NOTHING
          BECAUSE YOU ARE CREATED AS THE 'KHALIFAH' on this temporary stage called duniaa
          BECAUSE YOU WILL BE ASKED for everything you did, at the day of justice; the day of TRUTH
          
and that is why..
you must watch your step..
in every single/double/triple step(s) you take
in every single breath you made



Saturday, October 29, 2011

rasai nikmat bersyukur =)

saya amat gembira kebelakangan ini
banyak benda yang buatkan saya begitu gembira..mungkin juga bahagia
sumber kebahagiaan saya?
bila saya memutuskan untuk membuka mata, telinga dan hati saya
mendengar bisikan2 keimanan di jiwa,
telusan2 cinta di hati
dan meneliti keagungan pencipta semesta alam,yakni Ilahi
dalam setiap perkara yang terjadi
pada diri ini..
kerna setelah diteliti,
nyatalah..tiada yang sia2 di balik tiap tangisan, sendu,
tawa mahupun duka dan dosa
bagi tiap hal yang berlaku pada diri saya

cuma hati ini sahaja yang terlupa akan kekuasaan bersyukur..
bersyukur kepada yang MAHA MEMBERI, MAHA MEMELIHARA, dan
YANG MAHA MENCINTAI..penuh dan kaya dengan cinta dan kasih sayang..

alhamdulillahi Rabbil 'alamin..

Monday, August 22, 2011

madrasah ramadan

bismillah

alhamdulillah, tahun ni dengan rahmat dan izin Allah, sy masih dpt bertemu dgn ramadan sekali lagi..satu peluang yang tak ternilai harganya.

benarlah, ramadan ini seperti satu madrasah, dan alhamdulillah, byk juga yg sy belajar dari madrasah ramadan kali ni..sekadar utk perkongsian:

-jangan terlupa utk berbakti kepada ibu bapa meskipun dalam sibuk beribadah kepada Allah..kerna redha Allah di dalam redha ibu bapa..sementara masih sempat bersama mereka, gunakan kesempatan itu sebaik mungkin..

-sentiasa ingatkan diri utk perbetulkan niat. lillahi taa'la sewajarnya ada dalam hati, dalam apa jua tindakan yg kita lakukan..sentiasa mengharapkan kebaikan, semoga kebaikanlah yang datang..insyaAllah

-walau setinggi mana ilmu, jangan pernah merasa angkuh dan tinggi diri daripada orang lain, walau siapa pun dia, tak kira usia, status dll. seorang makcik tua di kampung yang tiada ijazah mungkin saja lebih mulia dek usianya yang mungkin sudah lebih banyak dipenuhi dgn kebaikan dan kebajikan dibandingkan dengan diri kita.. wallahualam

-nafsu harus dilawan! mengalah dan tunduk kepada nafsu dan kelemahan diri adalah suatu kebodohan kerana mengundang kehancuran kepada diri sendiri. tapi andai kita khilaf, jangan berlengah utk memohon ampunanNya


inilah sedikit sebnyak yang dipelajari daripada madrasah ramadan kali ini.segala nasihat dituju kepada diri sy and sekadar utk berkongsi cuma sedikit dengan sesiapa yg sudi singgah di blog ini.Segala puji dan syukur kepada Allah kerana ternyata diri masih diberi jalan ke arah cahaya dan bukan kegelapan =')