Saturday, January 15, 2011

cinta dan mencintai?

+ kenapa kau tak terima dia?

= terima? maksudnya? dia ada lamar aku ke? (tertawa)

+ takde la..bukan dia suka kat kau ke? kau tak suka ke kat dia?

= jap..jap.. ada bukti ke dia suka kat aku? ke kau je yg pandai2..hmmm..

+ laaa, yang dulu tu..kau pun tau kan..

= saudari...itu cerita lama..mungkin da expired..takkan la da emm...(berfikir dan mengira) haa, takkanla da 2 tahun cerita masih sama dan takde perubahan..kan, kan?

+ eeehh..sape tau..kalau cerita memang masih sama camane? haaa.. (muka habis nakal/gatal)

= (tertawa) ada bukti? kita tak boleh bersandar kpd sesuatu yang tak pasti..betul tak? lagipun.. banyak benda kena pertimbangkan dalam hal ni..

+ ok la, tapi last question.. kalau betul la dia memang masih suka kau, so macam mana???

= (terdiam.. berfikir~ )

dulu aku memang pernah memilih cinta..tapi rupanya aku silap..itu bukan cinta yang sebenar2nya..kerna kerakusan nafsu, aku telah mencemari erti cinta yang suci..cinta yang mulia kurniaan pencipta yang Maha Mencintai.. apa yang ku sangkakan cinta itu tidak lebih dari tipu daya makhluk licik, yang akhirnya mencambahkan tunas2 dosa.. mujurlah, akarnya telah dicantas sebelum menular dan lebih mencengkam hati.. (puji dan syukur kepada Allah)

persoalannya kini..apa yang akan jadi pilihan aku?..pilihan hati tak selalunya tepat..kebahagiaan yang dirasa bukan hakiki..sementara dan menyeksa akhirnya..menyeksa bukan di sini sahaja tapi mungkin 'di sana' juga (ampunkan dosaku ya Allah)
pilihan akal? menganalisa dan menguji dengan mata kasar dan ilmu..mungkin tepat untuk detik itu tapi siapa tahu rahsia tentang masa depan selain Allah? bukankah manusia tidak terlepas dari perubahan? bezanya cuma perubahan ke arah yang positif atau yang negatif..
jadi? ku memilih pilihan dari Dia.Dia yang akan menentukan pilihan yang terbaik bagiku..orang itu mungkin bukan lelaki yang terbaik/terhebat tapi pasti dia lah yang sempurna untukku..

bukankah kesempurnaan itu milik Allah? dan bagi manusia, hanya Rasulullah s.a.w yang hampir kepada kesempurnaan..

dan..bukankah seseorang itu akan sempurna pada pandangan insan yang mencintainya? kerna itulah kuasa cinta suci yang kunyatakan tadi..(dengan izin Allah, pastinya).. =)


kini aku memilih untuk menerima insan yang mencintaiku..kerna dengan menghargai cinta, pasti bahagia bertandang..amin~ [dengan syarat cinta itu berlandas dan bertujuan mencari keredhaan Allah]

No comments: