Tuesday, October 27, 2009

minggu belajar

semester ini sesi kuliah sudah pun selesai.sekarang masa untuk para pelajar mengulang kaji segala pelajaran yang telah diperolehi mahupun tidak untuk semua subjek yang bakal diduduki untuk peperiksaan nanti....

alhamdulillah, tidak terlalu banyak dugaan mahupun kesulitan yang dialami oleh saya sepanjang semester ini. untuk tugasan individu, berpasangan jua berkumpulan, semuanya sudah selesai. pening juga kepala masa hendak selesaikan soalan-soalan objektif bagi subjek 'language test' tempoh hari.tapi semua dah pun siap.markah? alhamdulillah...

jadi sekarang, tak boleh terlalu selesa dan berehat terlalu banyak meskipun tiada lagi sesi kuliah.sekarang ini lah sebenarnya masa yang amat menguji disiplin dan tanggung jawab individu, terhadap diri sendiri.maksudnya, sama ada diri menggunakan masa yang diperuntukkan dengan betul atau sebaliknya.

dalam erti kata lain, tidak boleh salah guna masa lapang tapi perlu pastikan semua pelajaran sudah diulang kaji. kepada semua rakan seperjuangan, selamat berusaha dan berjaya. =)

[ahahaa..mode nk tulis cam budak skema dlm bahasa melayu..ok x? ]

3 comments:

Riko said...

ooo..
bahasa melayu awak agak bagus..
tiada banyak kesalahan tatabahasa..
sekarang ni anda tgh exam ke??
slamat mnjawab exam..

farina said...

ahaha... thnks for d credit. :P
6th nov start first paper..doakan ea =D
btw, siapakah gerangan si riko ini ya...

Riko said...

i think better u x taw sape i..
anggap je i ni kwn bru u..
slamat berkenalan..